Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Saturday, February 16, 2008

Kejohanan Bola Jaring MSSD Bentong 2008

Salam,

12 Februari got a letter from PPD - Lantikan Pengadil Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (Daerah Bentong) 2008. Haha, kat SKEN mesti la org pelik..Fini jd pengadil? Mana la Fini reti, men pun x reti...men sesuka leh la. Sebenarnya surat tu disekalikan..dengan senarai nama pengadil dan teknikal bola jaring MSSD daerah Bentong. Cikgu Roziana (SKJB) ada bgtau masa dia jemput anak dr latihan sukan ritu, Fini pun x berapa igt tarikhnya bila..rupanya 13-15 Februari 2008. Erm, nampaknya tugas seperti tahun yg lepas la utk Perlawanan Bola Jaring Pembangunan Peringkat Negeri Pahang 2007 (Bawah 11 & 14).
Tapi, tahun lepas wakil guru dr SKEN kami bertiga..ye la sbb peringkat negeri. Tahun ni, hanya peringkat daerah ja..jd Fini sorang je la. Think positive, leh kenal dgn cikgu2 dr sek lain..bina link yg luas.

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BENTONG
2008

B12, B15 & B18

Tempat : Padang SK Sulaiman
Tarikh : 13, 14 & 15 Februari 2008.

Pertandingan ini dinamakan 'Pertandingan Bola Jaring, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Bentong'. Ia dijalankan secara Pesta Satu Hari. Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah yang menjadi Johan dan Naib Joham dalam kategori umur Bawah 12 tahun (B12), Bawah 15 tahun (B15) atau Bawah 18 tahun (B18) bagi zon-zon di daerah Bentong.

Senarai pasukan bertanding.

Pertandingan Bola Jaring MSSD Daerah Bentong 2008


Kategori 12 tahun
Kumpulan A
A1 - SK Sg Kemahal
A2 - SK Tuanku Fatimah
A3 - SK Jambu Rias
A4 - SK Sulaiman

Kumpulan B
B1 - SK Bukit Piatu
B2 - SK Sg Marong
B3 - SK LKTP Kg. Sertik

Kumpulan C
C1 - SK LKTP Mempaga 2
C2 - SK Karak
C3 - SK LKTP Mempaga 1

Kumpulan D
D1 - SK Janda Baik
D2 - SK Lurah Bilut
D3 - SK Kemasul
D4 - SK Simpang Pelangai

Johan : SK Bukit Piatu

Kategori 15 tahun

Kumpulan A
A1 - SMK Sulaiman
A2 - SMK Repas
A3 - SMK Khatolik

Kumpulan B
B1 - SMK Bentong
B2 - SMK Ketari
B3 - SMK Bukit Tinggi

Kumpulan C
C1 - SMK Chemomoi
C2 - SMK Sri Bentong
C3 - SMK Khai Mun

Kumpulan D
D1 - SMK LKTP Kg. Sertik
D2 - SMK Seri Pelangai
D3 - SMK Karak

Johan : SMK Sulaiman


Kategori 18 tahun

Kumpulan A
A1 - SMK Bentong
A2 - SMK Khai Mun
A3 - SMK Bukit Tinggi
A4 - SMK Repas

Kumpulan B
B1 - SMK Chemomoi
B2 - SMK LKTP Kg. Sertik
B3 - SMK Sri Bentong

Kumpulan C
C1 - SM Teknik
C2 - SMK Khatolik
C3 - SMK Karak

Kumpulan D
D1 - SMK Sulaiman
D2 - SMK Telemong
D3 - SMK Ketari

Johan : SMK LKTP Kg. Sertik


#credits to adik2 ni..pelajar SK Sulaiman yg tlg amikkan gmbr tuk Fini. Terima kasih juga banyak membantu kami di bahagian teknikal. =)

Isnin ni kembali ke sekolah setelah 3hr bertugas di padang. Apa la agaknya cerita anak murid Fini. Buat ke tak...buku ala2 reading ria tu? Takpe, tunggu n lihat...kdg2 diorang ni nak kena push sket...so Isnin ni spt yg Fini dh ckp kat diorang...soh baca ms perhimpunan rasmi..any volunteer di kalangan 8 org murid. Siapa la agaknya???

1 comment:

Anonymous said...

wah sungguh familiar padang sekolah ni..ehehehe